Saturday, July 30, 2011

Kakak-kakak saya



Kakak Hanisah - Tampal gigi di Klinik Gigi Dr. Leen,
Jalan Reko, Kajang

KENANGAN PERGI MERBOK, KEDAH

Ini ialah gambar-gambar saya di Merbok, Kedah semasa kami sekeluarga menghantar kakak saya (Alang) pulang ke asrama di MRSM, Merbok. Kami sekeluarga tinggal di 'homestay'. Saya dengan kakak saya Hanisah sempat bermain buaian, gelongsor dan jongkang jongket yang terdapat dihadapan homestay tersebut.






Alang Sakinah

Monday, July 4, 2011

KARNIVAL SEKOLAH LUQMAN

2 & 3 Julai 2011 (Sabtu & Ahad) sekolah Luqman Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi telah mengadakan Karnival. Luqman dapat naik kuda semasa Karnival tersebut. Mahal juga kena bayar. RM5 seorang bagi 2 pusingan. OK lah kuda tu jalan aje. Syok naik kuda tu..Kalau kuda tu lari tentu Luqman takut. Kakak pun naik kuda juga... Selain tu Luqman dengan kakak main kat Bouncing Castle.. Tengok Upin & Ipin kat pentas..Alah cuma budakpakai sarong aje.. Anyway TQ ayah, tq ummi.... bawa Luqman ke karnival tu...


HARIJADI KE-7 TAHUN

Ummi buatkan kek Luqman sempena harijadi ke-7 tahun. OK lah kek tu walau tak macam beli kat kedai. TQ ummi....

Tuesday, June 21, 2011

CABUT GIGI LAGI

Isnin 20/6/2011 selepas maghrib ayah & ummi bawa saya pergi cabut gigi dan tampal gigi di Klinik Dr Leen di Jalan Reko, Kajang. Gigi susu saya perlu dicabut sebab gigi kekal dah tumbuh manakala gigi geraham perlu ditampal sebab berlubang. Tak sakit sebab Dr Leen bius sebelum cabut. Terima kasih ayah & ummi.



Saturday, April 9, 2011

AYAH BAWA PERGI PUTRAJAYA

Kakak Hanisah
Hari Sabtu yang lepas 9.4.2011 ayah bawa saya, ummi, kakak & ude pergi ke taman diPutrajaya. Kami main bola & badminton dengan ayah. Saya & kakak juga main basikal. THANK YOU AYAH.
Main basikal


Exercise Kayuh


 
Kakak saya : Hanisah


Sunday, March 20, 2011

CABUT GIGI

Selasa 15 Mac 2011, ayah & ummi bawa Luqman cabut gigi di KLINIK PERGIGIAN DR LEEN di No 27-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, off Jalan Reko, 43000 Kajang.
Gigi kekal Luqman dah tumbuh  dibelakang gigi susu. So... kena cabut gigi susu tu, walau pun kurang goyang....

 

Tuesday, March 15, 2011

TEMPAH CERMIN MATA

14/3/2011 Isnin malam, ayah & ummi bawa Luqman pergi tempah cermin mata di kedai cermin mata Giant Sg Chua.
Uncle kedai tu hanya ikut 'prescription' yang diberikan oleh Dr hospital Serdang.


CHECK MATA DI HOSPITAL SERDANG

14/3/2011 Isnin, Ummi membawa saya ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan mata. Mata saya ada masalah...RABUN.... Kakak & Ude ikut sama menemani saya. Lama juga menunggu untuk berjumpa doktor.... Lepas doktor check mata saya, memang...saya rabun... Doktor kata saya kena pakai cermin mata. Memang, selama ni pun saya tak nampak apa yang cikgu tulis dipapan putih semasa belajar dalam kelas.
Terima kasih Ummi bawa Luqman jumpa doktor mata...
   

Monday, January 3, 2011

HARI INI SAYA MASUK SEKOLAH

Pada 30/12/2010 (Khamis), saya telah mendaftar untuk masuk sekolah. SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI, BANDAR BARU BANGI



Hari ini pula 3/1/2011 (Isnin) ialah hari pertama saya bersekolah. SERONOK. Kawan sebelah saya namanya Amshar. 

                           Nak pergi sekolah - Ummi hantar

Waktu Rehat
        Balik sekolah - Ummi ambil