Sunday, March 20, 2011

CABUT GIGI

Selasa 15 Mac 2011, ayah & ummi bawa Luqman cabut gigi di KLINIK PERGIGIAN DR LEEN di No 27-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, off Jalan Reko, 43000 Kajang.
Gigi kekal Luqman dah tumbuh  dibelakang gigi susu. So... kena cabut gigi susu tu, walau pun kurang goyang....

 

Tuesday, March 15, 2011

TEMPAH CERMIN MATA

14/3/2011 Isnin malam, ayah & ummi bawa Luqman pergi tempah cermin mata di kedai cermin mata Giant Sg Chua.
Uncle kedai tu hanya ikut 'prescription' yang diberikan oleh Dr hospital Serdang.


CHECK MATA DI HOSPITAL SERDANG

14/3/2011 Isnin, Ummi membawa saya ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan mata. Mata saya ada masalah...RABUN.... Kakak & Ude ikut sama menemani saya. Lama juga menunggu untuk berjumpa doktor.... Lepas doktor check mata saya, memang...saya rabun... Doktor kata saya kena pakai cermin mata. Memang, selama ni pun saya tak nampak apa yang cikgu tulis dipapan putih semasa belajar dalam kelas.
Terima kasih Ummi bawa Luqman jumpa doktor mata...